Click to go to THE SHOP :)

Monday, May 20, 2013

Re connect

Bismillāh.

Being different is not to disconnect from the world, but to connect.

In better ways.
So blessed be the strangers.

Assalamu alaykum. :)

Friday, March 08, 2013

PM me please..

Fynn Jamal wrote:

aku rasa ini cuma aku.

tapi aku rasa sangat tidak seronok bila aku tertarik pada produk yang dijual secara online tapi tiada harga ditulis di situ. kecuali "PM untuk harga".

apakah ada niat harga berbeza2 pada pelanggan yang berlainan?
serius tak seronok.
macam SEDIKIT ada rasa 'aku bakal kena tipu ni'.

tapi mungkin sebab aku ini manusia penakut beli barang online.
jenis skeptikal.

mungkin ada kaitan dengan peristiwa dah-bayar-sampai-sekarang-tak-dapat-produk-pastu-terus-hilang-dari-pandangan-mata-majazi.

apa sekali pun.
aku tak marah pun.
cuma aku rasa--
kalau bubuh harga di gambar produk--
lebih senang untuk pelanggan.

sebab ada jenis bini macam aku yang sikit2 "yang.. nak ni boleh?" "berapa harga?" "tak tau". akhirnya kena bebel laki. hahaha.

bubuh harga.
senang sikit kami buat perbandingan.
dan lebih laju kami buat kerja.

percayalah.
setakat murah sepuluh ringgit dua,
insyaAllah ada yang macam aku yang tidak berkira.
bagi aku--
kalau servis manis, tukang jual mudah mahu komunikasi--
tak ada hal lah harga lebih sikit.
anggap duit parking yang tak perlu dibayar berbanding pergi ke pasaraya.

dan KALAU pun harga kita berbeza2--
anggaplah ia healthy competition.
dan bijak2kanlah diri dalam marketing perniagaan.
asal namanya berniaga--
MESTI ada turun naiknya.

kalau nak untung sahaja,
jual aiskrim malaysia.
insyaAllah--
modal ciput,
dok depan sekolah,
berlipat ganda.

okay?
*senyum*

untuk yang membeli pulak.
reti2 la baca.

kalau kat caption:
"available in blue, red and purple for rm 45"--
TAK USAH LA tanya:
"kaler pink ada?"

dan kalau barang bawah rm 50 tu,
tak payahlah tanya:
"boleh diskaun?"

dah la kita ni pemalas nak keluar rumah berbelanja.
takkan nak tambah 'kedekut' pulak.
:)

ok.
tak puas hati apa2--
"PM me, dear~~"

hahahah.
okbaiiiii.

Tuesday, February 26, 2013

Stay positive

This life is rich with all kinds of moments.
We choose what to capture and preserve.
We choose our focus.
Focus GOOD.
- quote @etst

:-)

Sunday, February 17, 2013

Self reminder

Membaca Quran walau di mana saja kita berada: tgu giliran di bank, sementara menanti masuk waktu Zuhur di pejabat, atau pada apa-apa, sebarang mana okasi sekali pun..
BUKAN bermakna:
Macam bagus,
Menunjuk bagus,
Fake or plastic...

SEBAB:
Quran itu manual utk kita
Petunjuk yang sesuai pada sebarang situasi
Membersihkan daki pada hati

Apa kata orang itu tidak mengapa..
Apa kata Allah swt, yg dizahirkan dalam kitab bernama Quran..
Itu lebih utama..

:-)

Thanks for reading this, xoxo

Sunday, February 03, 2013

Maksiat..

Ini kisah Nabi Salih as.
9 orang bunuh seekor unta betina dan anaknya..
Namun keseluruhan kaum Tsamud (kecuali mereka yang benar-benar beriman) ditimpa balasan Allah swt.
Balasannya dasyat.. sangat sangat dasyat..
Keseluruhan penduduk kampung mati disebabkan oleh bunyi kuat yang sangat dasyat.
Satu tempikan, ARGHHHH... bergegar bergetar terlalu kuat sehingga roh terkejut lantas pergi meninggalkan jasad.
(surah Hud: 67)

9 orang buat onar.. satu kampung dapat tempias..

~~~

Perkara berhubung kemaksiatan adalah tanggungjawab semua pihak.
Bukannya lantak kamu.
Nabi sendiri berkata, "Andai nmpk org buat maksiat: Halang- dengan tindakan atau kata-kata. And the least we can do is hate and leave the situation" (hadith perlu dimasukkan disini)

Makanya, andai ada orang buat silap. Kita bertindak.. Tegur. Mengikut Quran dan nas semestinya.. [ya.. kalo tak pandai, kita belajar.. bukan memandai.. heheee]

Jangan sampai bala Allah turun - kerana apa:
kerana ada aku kisah, ko nk melingkup ke apa ker...

Dan balasan Allah swt, bukan nya kita buat salah, kita yg dapat..
Mungkin kita buat salah.. keturunan kita yg dapat.

Wallahualam..

#peringatan untuk diri sendiri terutamanya..
#nationbuilders


Thanks for reading xoxo..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...