I received an email. 'Pembaca' yang bertanya kepada saya, how do I make that decision - to quit working - with the goverment - and become a housewife.
Tak reti macamana nak cerita dengan bahasa mudah. So I wrote this karangan. A serious karangan paper Bahasa Melayu level SPM. Hehee..
***
Membuat Keputusan
Dalam
dunia ini, kita tidak akan lari dari untuk tidak membuat sebarang
keputusan. Setiap perkara yang dilakukan biasanya akan terbit pelbagai
pilihan yang menghendaki kita untuk memilih. Seperti mahu bekerja atau
menonton tv dan bersenang lenang. Mahu keluar atau diam sahaja di rumah.
Mahu membeli ini atau itu. Itu adalah antara contoh mudah dalam memilih
dan membuat keputusan. Dan kita biasanya cenderung untuk memilih mana
yang terbaik dengan kita pada situasi tersebut.
Dan dari membuat
keputusan perkara kecil, kita akan diuji untuk membuat keputusan
perkara yang besar. Misalannya, setelah tamat UPSR, ada antara kita yang
diuji dengan pilihan samada untuk kekal di sekolah lama atau ke sekolah
berasrama penuh, setelah tamat PMR pula kita sekali lagi diberi pilihan
untuk melanjutkan pelajaran ke bidang Sains atau Sastera dan
terakhirnya yang terbesar adalah setelah tamat peringkat menengah
tertinggi, kita diberi pilihan untuk memilih pengajian yang mana yang
akan tertulis pada sijil peringkat paling tinggi yang akan kita jaja
untuk mendapatkan pekerjaan yang akan menjadi sumber pendapatan kita
nanti.
Di dalam kekalutan kita untuk memilih, seringkali kita
terlupa bahawa sebagai umat Islam, sebenarnya rezeki kita telah pun
tertulis sejak azali lagi. Kita seringkali takut keputusan yang kita
buat itu salah, sekaligus menggelapkan masa hadapan.
Ayat 6 surah Hud:
"Dan
tidak satupun makhluk yang bergerak (bernyawa) di bumi melainkan
semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediaman dan
penyimpanannya. Semua itu tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).
"
Jadinya, apa yang paling utama dalam memilih dan membuat
keputusan adalah adakah jalan tersebut akan menghampirkan kita kepada
Yang Maha Esa atau menjauhkan kita dengan Nya.
Saya mempunyai
kelulusan dalam bidang Mikrobiologi. Alhamdullillah, diberi olehNya
untuk mudah mendapatkan pekerjaan. Tidak pernah sekali saya menganggur
setelah tamat pengajian. Kesempatan itu juga menyebabkan saya menjadi
agak oppurtunist. Saya kerja, bosan, berhenti dan bekerja di tempat lain
yang mana menawarkan lebih gaji atau kemudahan. Sepanjang 2 tahun
tamat pengajian, saya melompat kerja di lebih dari 3 syarikat yang mana
akhirnya saya settle-down sebagai seorang Mikrobiologist di sektor awam.
Saya kerja, berkahwin, punya anak dan akhirnya saya sekali lagi
diuji dengan untuk membuat pilihan: meneruskan kerja atau berhenti.
Pilihan
kali ini bukanlah disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan dari
kompeni lain. Tetapi lebih kepada apa yang saya mahu sebenarnya. Hakikat
saya berpindah kerja dahulu juga begitu. Apa sebenarnya saya mahu:
menjadi pensyarah (2 kompeni terawal yang saya berkhidmat ada lah kolej
swasta sebagai pensyarah) atau berkhidmat sebagai Mikrobiologist (saya
pernah berkhidmat di makmal swasta dan di kilang ayam sebelum berakhir
di jabatan kerajaan).
Saya kaji semula keputusan yang lepas.
Kenapa sebenarnya saya bertukar 5 tempat kerja dalam tempoh 3 tahun dan
apa sebenarnya yang saya mahu. Kali ini keputusan yang saya buat dibantu
oleh suami. Istikharah, katanya. Biar Allah swt yang pilih kan untuk
kita kerana itu yang terbaik.
"Ya Allah, aku mohon petunjuk
dariMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketetapan dan kepastian dengan
kekuasaanMu. Engkaulah yang berkuasa dan hambaMu ini tidak punya kuasa.
Engkau mengetahui sedang hambaMu ini tidak. Ya Allah, jika perkara
ini adalah yang terbaik untukku, agamaku, kehidupanku dan akibat
perbuatan ku ini, dan ia juga terbaik untuk ku di masa terdekat juga
masa hadapan, maka tetapkanlah ia untukku dan permudahkanlah. Jika ia
tidak baik padaku dan menjauhkan aku denganMu, Ya Allah, maka jauhkanlah
ia denganku. Tetapkanlah kebaikan di mana kebaikan itu berada dan
redhakanlah hatiku dengannya."
Alhamdulillah, saya peroleh
petunjuk itu, berjaya membuat keputusan yang pada saya terbaik untuk
semua. Saya lepaskan kerjaya saya yang tidak dinafikan terjamin masa
tua (di mana saya telah berikrar janji untuk menerima wang pencen
setelah cukup tempoh/tamat bekerja kelak), untuk menjadi seorang isteri dan ibu. Alhamdulillah, sepanjang 2
tahun saya tidak berpendapatan tetap, saya gembira. Hidup sangat terasa
bermanfaat, jika dibandingkan dengan masa bekerja dahulu.
Jadi
di sini, pertama sekali membuat pilihan biarlah, ia mendekatkan kita
dengan Ilahi. Sebelum mahu bertukar kerja, melanjutkan pelajaran,
berhenti kerja dan sebagainya, berhenti dan berfikir, sejauh mana
keputusan yang bakal diambil akan mendekatkan kita dengan Ilahi. Adakah
dengan menerima surat kenaikan pangkat akan memberi kita lebih ruang
untuk beribadat atau tidak? Adakah dengan bertukar tempat kerja akan
memberikan kita lebih masa untuk solat berjemaah? Adakah dengan berhenti
kerja membolehkan kita beribadat dengan lebih banyak atau sebaliknya?
Dan
apabila membuat keputusan, kita seringkali dipengaruhi dengan keadaan
sekeliling: pendapat orang luar juga keadaan ekonomi semasa. Sungguh
perkara seperti ini perlu diberikan perhatian. Jangan membuat
keputusan secara melulu. Timbang tara semua aspek. Biar kita yang
mengawal keadaan dan jangan terlalu mengikut nafsu. Saya ada terbaca
tentang ibu yang bekerja diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat tertinggi di luar negara, lantas beliau pergi meninggal suami
dan anak-anak yang masih kecil untuk mengejar cita-citanya itu. Mungkin
saya tidak faham kerana tidak berada di dalam situasi beliau, tetapi
saya menjadi curious, ingin tahu, adakah course yang ingin dipelajari
tidak ditawarkan di peringkat tempatan, adakah sekeping sijil itu begitu
bermakna sehingga sanggup meninggalkan tanggungjawab sebagai isteri dan
ibu, adakah jika menolak tawaran tersebut akan menjejaskan peranan
beliau sebagai ibu, isteri dan wanita Islam.
Perkara kedua dalam
membuat keputusan adalah kita perlu jelas dengan tanggungjawab semasa
kita. Tanggungjawab sebagai seorang umat, suami, isteri, anak dan
keseluruhannya. Tanggungjawab itu penting kerana perkara itulah yang
akan ditanya di sana kelak.
Ok, rasanya cukup dulu untuk kali ini. InsyaAllah di kelapangan lain saya akan tulis panjang lebar lagi how I manage my time and my role sebagai khalifah, isteri, emak, bos merangkup kuli NeezaNeedles. :)
Tuesday, October 16, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






5 comments:
Sedap baca karangan Neeza. It has something to do with my decision, too. Jadi WAHM ni pun banyak cabaran, dugaan. Tapi entah macamana memang kepuasan tu berlainan kan :)
thanks kak.
kebetulan im in the middle of making big decision. nasihat tips akak membantu jugak
Thanks Kak Milie <3.. Yup, kepuasan dia sgt berbeza.. (y)
Fathiah, d key words is jalan mana yang lebih mendekatkan aku kepada Allah swt. You will find success. InsyaAllah :)
Subhanallah.Mengingatkan saya kpd satu nasihat yg diberi suami lama dulu. Katanya, apa saja yg nak dibuat, atau ketika dipersimpangan, lihatlah manfaatnya utk kita dialam barzakh & AKHIRAT, lepas tu buatlah/decidelah. Akan ada dugaan mengiring tapi barakahnya akan terasa semasa hidup ni lagi.
May Allah reward you and grant us piety.
salam..lama sungguh sy x baca coretan neezaneedle ni..disbbkan blog yg dulu kn hack terus senyap dari berblog..skg baru nak mula balik..
tima kasih pada coretan neeza ni..sesungguhnya Hanya dia yg menggerakkan sy tuk singgah disini..sesungguhnya ada sesuatu yg sy cari dan jwpnnya ada dicni..tima kasih.. :)
Post a Comment